INFO, Cerita-cerita..June 9, 2009 3:35 am

NiLaI KeIkHLaSaN

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan …" jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …"

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya … bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis …

P/s: SeBeLuM KiTa MeNcArI KeKuRaNgAn OrAnG LaIn..CaRiLaH KeKuRaNgAn DiRi SeNdIrI..AdAkAh KiTa CuKuP SEMPURNA UnTuK DiBaNdInGkAn DeNgAn OrAnG LaIn???

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…

Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH."

INFOMarch 21, 2009 8:46 am

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7)    Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
 
 
 Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W
 
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

AMIN

INFOFebruary 17, 2009 3:09 pm

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama Dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari putting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut Dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada Dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit Dan Mata menjadi kuning Dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat – sukar Dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) – letih, pucat, mudah lebam Dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, Ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan Dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
———————————————-
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air Dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER The meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung Dan kanser. Di negara Jepun Dan China, mereka mempercayai bahawa meminum the bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. The juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku Dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak Dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi Dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, Dan evening primrose oil

INFOFebruary 15, 2009 3:15 pm

Pendidikan Pemulihan Khas..atau..Pendidikan Khas??? Salam buat semua…Entry kali ni Aqma nak cerita sikit pasal opsyen sebagai Guru Pemulihan Khas. Kadang-kadang sukar juga nak menerangkan perbezaan antara pemulihan dan pendidikan khas. Ramai orang akan keliru diantara Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas. Betul tak?Bila orang bertanya…

"Awak cikgu ape?"

"….Cikgu Pemulihan…."

"Oooo..yang ngajar budak cacat tu ek?"

Mari kita tengok beberapa maklumat dan perbezaan pada ‘Pemulihan Khas’ dan juga ‘Pendidikan Khas’….

PEMULIHAN KHAS

Definisi sebenar Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.

 

Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :

        i) Menguasai kemahiran asas 3 M

       ii) Meneruskan pembelajaran dikelas biasa

      iii) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

     iv) Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri.

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."

(Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)

 

Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1,Akta Pelajaran 1961 menyebut:

"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"

Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang labih kurang sama dengan Pemulihan Khas.