INFO, Cerita-cerita..June 9, 2009 3:35 am

NiLaI KeIkHLaSaN

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan …" jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …"

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya … bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis …

P/s: SeBeLuM KiTa MeNcArI KeKuRaNgAn OrAnG LaIn..CaRiLaH KeKuRaNgAn DiRi SeNdIrI..AdAkAh KiTa CuKuP SEMPURNA UnTuK DiBaNdInGkAn DeNgAn OrAnG LaIn???

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…

Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH."

kISaHku....., Cerita-cerita..May 10, 2009 3:12 pm

Hari minggu ni aku sibuk melayan adik aku yang sorang ni. Sebelum aku pulang ke rumah dia dah telefon ajak pulang ke kampung kat Batu Pahat. Penat sebenarnya kerja banyak, tapi mengenangkan adik aku sorang pulang ke kg 2 kali setahun jek aku turutkan jugalah. Sempena Hari Ibu aku ingin buat kejutan kepada mak ngan makcik-makcik aku.

 

SELAMAT HARI IBU

Aku dan sepupu2 pakat nak buat suprise untuk mak-mak kitorang. Kitorang beli kek kejutan sempena Hari Ibu. Mungkin pada orang lain ianya sesuatu yang biasa tapi tidak bagi mak dan makcik-makcik ku. Tahun ni kitorang sambut Hari Ibu dengan meriah sekali walaupun dlm keadaan yang sederhana. Selamat Hari Ibu mak, selamat hari ibu juga buat makcik-makcik ku..selamat hari ibu juga buat ibu-ibu di seluruh malaysia dan di mana2 pun anda berada.


p/s : Buat sahabat-sahabatku Azwin, Uji dan Anie…Selamat hari Ibu….


SELAMAT HARI LAHIR


Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Sharil. Hehehe..cikgu sharil bg ‘hint’ smlm tapi tak ingat daa…hahaha…Lupelah cikgu Sharil. Hehehe…Semoga Cikgu Sharil panjang umur murah rezeki dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya….Amin….

DI SUATU PETANG….

Petang semalam pas celebrate Mother’s Day aku ajak cousins aku pi Pantai Sg. Lurus. Lama tak pi. Rasa ada 10 tahun. Bukan jauh pun dari rumah atok. 7 minit jek. Tapi tak pernah nya rasa nak singgah. Tempatnya pun dah lain. Tak mcm dulu. Dah agak majulah. Oklah tu. At least ade gak tempat kitorang nak lepak nanti…hahhaa…

kISaHku....., Cerita-cerita..March 30, 2009 5:30 pm

Guru-Guru Besar…Guru Besar-Besar…atau….??!!

Sepanjang aku jadi cikgu ni banyak perkara yang aku belajar…terutama tentang protokol & etiket…huhuhu…Bila aku masuk maktab kat situlah aku belajar macam2 perkara tentang protokol…mase Matriks dulu ade gak tp tak clear sangat…Selain dari tu aku belajar tentang ‘Bahasa’ yang menjadi kebanggaan kita iaitu Bahasa Melayulah kan…Bila aku di sek kepong dulu pun aku bersama En. Man mmg betul2 mementingkan protokol dan bahasa. Dalam kehidupan kita seharian banyak perkara yang kta sering lihat ianya salah tapi kita tak berani untuk betulkannya. Samada orang lain perasan atau tak perasan atau perasaan tak taulah kan.

Sebenarnya, telah banyak kali aku terserempak dengan kecuaian yang kadang-kadang orang tak perasan. Nak tanya korang sume…Mana yang betul? ………Guru-Guru Besar ………..Guru Besar-Besar…………..atau……….Guru Besar-Guru Besar …..atau…..dot..dot… Ape perbezaan di antara perkataan tersebut…..yang mana betul? Walaupun nampak mudah tapi sebenarnya bukan semudah yang disangka…Sape yang perihatin mungkin dia tahu dimana silapnya…Bahasa Jiwa Bangsa ye tak? Jadi sebagai orang melayu..kenalah ambik tau gak…ok…sape2 yang boleh bagi jawapan bagilah input…Betulkan yang biasa dan biasakan yang tak biasa….Fikir…Fikir….

Cerita-cerita..March 24, 2009 6:19 pm

Emm…mata tak ngantuk lagi. Ni penangan tido siang punya pasallah ni. Teruk tul perangai. Letih sangat rasa. So, nak bagi info sikit beberapa perkara. Nak tau kena baca sampai habis. Ha..ha..ha..(Entah ada ke tak yang baca blog aku nih…)

 

KETUPAT LEMBU

Ok firstly, nak tunjuk kat korang satu benda. Mungkin ada diantara korang yang tak pernah tengok. dan mungkin juga dah selalu nampak dan buat. 

Ketupat Lembu 

 ketupat lembu di upin ipin

Inilah dia ‘Ketupat Lembu’. Dalam cerita Upin Ipin tajuk ‘Berkat’ pun ada cerita tentang Ketupat Lembu yang tok alang buat. Hehehe.. Gambar ni aku ambik masa nak beli ketupat kat satu kedai yang mmg jual ketupat dan lauk pauk ala raya. Selalu pergi susah nak jumpa. Kebetulan pulak kali ni ada betul-betul tinggal satu. tapi tak beli pun. Hehehe… Harga ‘Ketupat Lembu’ ni RM7.00 itupun bergantung pada saiz. 7 helai daun kelapa digunakan untuk membuat ketupat ini. Cg. Aqma tak tau nak buat ketupat lembu. Setakat ‘Ketupat Sate’ & ‘Ketupat Bawang’ tu taulah. Teringin jugak nak belajar. huhuhu… Ketupat Lembu ni dimakan anggaran untuk 5 orang. Makan sorang tak habis. Besar tu….hehehe…

 

IKAN KELI….

Seterusnya aqma nak cerita pasal Ikan Keli. Ikan keli ni adalah ikan kegemaran Cg. Aqma. Dulu masa di maktab ikan keli menjadi pujaan hatiku. Ada yang tak berapa menggemari ikan keli. Tak taulah sbb ape kan. Satu fakta berkaitan dengan ikan keli, nak tau macammane nak matikan ikan keli? Senang saja…masukkan ikan keli dalam besin besar atau bekas ape2lah…dan standby dengan penutup. Selepas itu taburkan garam dengan kadar yang banyak..terus tutup sebab ikan keli tadi akan menggelupur dek terkena garam tadi…dan akan terdengarlah bunyi ikan keli yang sedang menggelupur mati..Bila dah senyap barulah boleh ambil dan ‘siang’ ikan keli tadi. Jangan lupa basuh dan rendam dengan perahan ‘Limau Nipis’ untuk buang lendir-lendir pada ikan keli. selepas itu barulah boleh digoreng..emm…sedapnya…(Semalam baru ambil ikan keli yang dibela oleh makcik..)

 

 

STEMBOAT…..

Oklah..satu lagi kegemaran cg aqma ialah makan steamboat. Kat pontian ada satu tempat mkn steamboat yang paling aqma gemar. Tempatnya di Tambak Pontian. Sambil duduk di tepi pantai selat melaka, sambil makan steamboat. Syoknya….Harganya tidaklah berapa mahal…satu cucuk ada yang 60 sen dan ada yang RM1. Pilih yang mana suka…dan air yang menjadi pilihan ialah air cincau..Sambil makan steamboat boleh tengok orang bermain layang-layang, berehat..ada yang joging..dan melihat keindahan pulau pisang…hehehe…kalau nak melayari internet pun boleh sbb berhampiran  kawasan tersebut ada kedai makan mamak yang menyediakan perkhidmatan Wifi. Jadi banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut. Jadi kepada sesiapa yang tak sampai lagi ke pontian marilah datang…banyak gak tempat makan yang best2..taktaulah pada orang lain. Yang penting aku bangga tempat aku dibesarkan dan aku bangga menjadi anak jati Johor…Cau cin cau…mari minum cincau…

 

INFOMarch 21, 2009 8:46 am

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7)    Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
 
 
 Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W
 
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

AMIN

Cerita-cerita..March 2, 2009 8:59 pm

Nak Jadi Pendidik???

Salam buat semua…cerita kali ni pasal nak jadi pendidik…Bkn sng nak susah…bkn susah nak senang…eh!! betul ke…ape2 jelah….Walauapepun, bukan sng nak jadi pendidik….tak semua manusia kat dunia ni yang boleh jd pendidik…macam aku ni…macam tak caye jek dh jadi pendidik..tp walau dh jadi pendidik belum tentu kita boleh mendidik dengan baik….aku?? Masih 60% lagi…belum sempurna lagi sebagai seorang pendidik…zaman sekarang nak jadi pendidik kena tau macam2…kena celik IT, pandai guna komputer, internet, software2 nak kena tau tu…huh..pendek kata serba serbi taulah…kalau tak tau org akan kata…." apelah cikgu ni…cikgu kalau tak tau jawab jangan jadi cikgu…"…emmm..masalah…masalah…tulah die..tak semua cikgu tau semua perkara..pendek kata cikgu pun kena bljr banyak perkaralah…fining…fining…

 

Hah! Ade lagi satu hal…kisah aku bile jadi seorang pendidik ni kalau boleh dibukukan mmg boleh sgt…walaupun baru setahun jagung usia menjadi pendidik….ish…nak masuk 6 thn…lame gak tu…zaman skrg bile jadi seorang pendidik kena buat macam2 kerje…orang kata jadi cikgu ni sng..pukul 1 jek dh boleh balik rumah…Pukul 1???? cikgu aqma kalau tak blk kul 4 mmg tak sah…nama nak blk pukul 1..harapanlah mak temah…takde maknanya…hahaha..dasyat tak ayat aku…tapi mmg betul…cikgu yang blk kul 1 tu mgkn ade komitmen dgn family, nak hantar anak pi sekolah agamalah, nak ambik anak balik dari sekolahlah, nak masaklah…tp cikgu aqma??…cikgu aqma bujang lagi…komitmen pada mak dan adik2 jek..balik umah pun bukan buat ape…baik settle kerja kat sekolah…tapi kalau dh nama kerja tak pernahnya habis…Berbalik pada cerita macam2 kerja tu…cikgu skrg mmg kena buat macam2 kerja…sesape yang baru2 jadi cikgu tu jangan terkejutlah kalau awal2 dibebani dengan pelbagai tugas…bukan cikgu baru je yang kena….cikgu yang dh veteran pun kena buat perkara yang sama…so, takde diskriminasi..kalau ade pun..faham2 sendirilah ye…Cikgu aqma mmg buzy…nak hilangkan tension nilah kojo ei…blaja2 tulis blog…bkn tak suka dgn tugas sbgai pendidik..tp saje2 nak hilangkan tension keje…

 

Ape2pun sebenarnya seronok jadi pendidik ni…layan kerenah budak2..(cikgu aqma ngaja sek rendah..bestlah)…dapat bdk2 yang best dengan cikgunya sekali kepala tingtong…Kita akan jadi seronok bila kita mengajar budak beri respon yang positif….kalau kita adA masalah jangan sesekali kita tunjukkan atau lepaskan pada anak2 murid kita…kesian..mereka bukan tau apepun…baik yang kita ajar..baiklah jadinya budak2 tu…salah kita ajar..salahlah jadinya….walau berbagai beban kerja yang kita terima ape yang penting kesungguhan kita untuk mendidik anak bangsa kita….Biar dimana pun kita ditempatkan…di hutan belantara, di tengah bandar, di atas gunung semuanya tiada beza…tangungjawab tetap tanggungjawab…("..emm..teringin nak ngaja di pedalaman.." Besar tanggungjawab sebagai pendidik ni…teringat kata-kata USMAN AWANG….

"Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat."

Teringat sewaktu di maktab, bersama rakan2 seperjuangan berlatih dan buat persembahan ‘PUISIDRA’….semua tu aku jadikan panduan dan azimat sepanjang aku menjadi seorang pendidik. Pada kawan-kawan yang bakal, akan dan bercita-bercita nak jadi cikgu…jadilah guru yang berdedikasi dan bermatlamat. Jangan lakukan hanya semata-mata kerana boleh balik awal, atau kerana jadi cikgu banyak elaun, gaji besar…. habis khidmat dpt pencen…nopplease don’t do that…kesian kat budak2 nanti…. Bile dah jadi pendidik, adalah menjadi tanggungjawab yang paling besar perlu kita galas untuk mendidik anak bangsa kita terus maju dan berjaya…Semoga semua guru-guru di dunia ini akan terus berjaya …"Chaiyok!!"

 

Guru oh guru…

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akal ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979 

 

 

INFOFebruary 17, 2009 3:09 pm

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama Dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari putting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut Dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada Dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit Dan Mata menjadi kuning Dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat – sukar Dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) – letih, pucat, mudah lebam Dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, Ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan Dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
———————————————-
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air Dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER The meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung Dan kanser. Di negara Jepun Dan China, mereka mempercayai bahawa meminum the bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. The juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku Dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak Dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi Dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, Dan evening primrose oil

INFOFebruary 15, 2009 3:15 pm

Pendidikan Pemulihan Khas..atau..Pendidikan Khas??? Salam buat semua…Entry kali ni Aqma nak cerita sikit pasal opsyen sebagai Guru Pemulihan Khas. Kadang-kadang sukar juga nak menerangkan perbezaan antara pemulihan dan pendidikan khas. Ramai orang akan keliru diantara Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas. Betul tak?Bila orang bertanya…

"Awak cikgu ape?"

"….Cikgu Pemulihan…."

"Oooo..yang ngajar budak cacat tu ek?"

Mari kita tengok beberapa maklumat dan perbezaan pada ‘Pemulihan Khas’ dan juga ‘Pendidikan Khas’….

PEMULIHAN KHAS

Definisi sebenar Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.

 

Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :

        i) Menguasai kemahiran asas 3 M

       ii) Meneruskan pembelajaran dikelas biasa

      iii) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

     iv) Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri.

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."

(Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)

 

Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1,Akta Pelajaran 1961 menyebut:

"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"

Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang labih kurang sama dengan Pemulihan Khas.