Salam…Berita yang agak mengejutkan warga pendidik pada masa sekarang iaitu tentang pemansuhan PPSMI yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012. Bagi sesetengah pendidik seperti Aqma mungkin berpendapat penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains & Matematik sangat-sangat membantu terutama untuk meningkatkan penggunaan bahasa tersebut. Masih terlalu awal rasanya untuk dimansuhkan. Aqma melihat sendiri perkembangan murid-murid di sekolah Aqma yang kebanyakannya menjawab soalan Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ia sangat menunjukkan betapa bergunanya bahasa tersebut kepada anak-anak didik di SKR. Yelah, pendapat masing-masing berbeza kan dan seharusnya kita menghormati keputusan yang telah dibuat. Siang tadi Program Teknik Menjawab Soalan Sains telah berlangsung di SKR. Jelas dan nyata mereka lebih faham menggunakan bahasa tersebut berbanding bahasa melayu walau diingatkan oleh penceramah supaya menjawab dalam bahasa melayu. Mungkin mereka telah biasa menggunakan bahasa inggeris untuk menjawab soalan. Tahniah kepada cikgu Afzan kerana telah berjaya mendidik anak-anak SKR. Hahaha..comfirm bangga giler die pas baca ni..hehehe…Apepun sebagai rakyat Malaysia Cg. Aqma tetap menyokong ape juga keputusan yang terbaik. Walaubagaimanapun harapan kami sebagai warga pendidik agar murid-murid kami terus mencapai kejayaan demi kejayaan selepas ini..