Tahun ni aku jadi SU Sambutan Hari Guru sekolah. Bermakna aku kena merancang aktiviti untuk sambutan hari guru nanti. Sambutan hari guru sekolah aku adalah 18 Mei 2009 iaitu esok. So, sekarang nih aku sibuk membuat persiapan yang perlu. Banyak juga aktiviti yang dirancang. Aku harap semua cikgu-cikgu akan gembira pada hari tersebut. Mohon kemaafan dahulu kalau ada apa2 yang tak puas hati dengan majlis tersebut nanti.

 

Sekarang ni aku tengah siapkan bunga telur dan buku program untuk hari guru  esok. Sepatutnya hari ini aku hadiri Kursus Induksi (Manik kayu) bantu ema untuk kursus tersebut. Tapi mintak maaf sangat-sangat tetibe ape emergency pulak pagi tadi. Apepun semoga Kursus tersebut akan sukses dan berjalan dengan lancar. Apepun yang pasti aku kena siapkan juga persiapan untuk esok. Semoga majlis esok akan berjalan dengan lancar….