SELAMAT HARI IBU...SELAMAT HARI LAHIR....
Hari minggu ni aku sibuk melayan adik aku yang sorang ni. Sebelum aku pulang ke rumah dia dah telefon ajak pulang ke kampung kat Batu Pahat. Penat sebenarnya kerja banyak, tapi mengenangkan adik aku sorang pulang ke kg 2 kali setahun jek aku turutkan jugalah. Sempena Hari Ibu aku ingin buat kejutan kepada mak ngan makcik-makcik aku.
SELAMAT HARI IBU…
Aku dan sepupu2 pakat nak buat suprise untuk mak-mak kitorang. Kitorang beli kek kejutan sempena Hari Ibu. Mungkin pada orang lain ianya sesuatu yang biasa tapi tidak bagi mak dan makcik-makcik ku. Tahun ni kitorang sambut Hari Ibu dengan meriah sekali walaupun dlm keadaan yang sederhana. Selamat Hari Ibu mak, selamat hari ibu juga buat makcik-makcik ku..selamat hari ibu juga buat ibu-ibu di seluruh malaysia dan di mana2 pun anda berada.


p/s : Buat sahabat-sahabatku Azwin, Uji dan Anie…Selamat hari Ibu….
SELAMAT HARI LAHIR…
Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Sharil. Hehehe..cikgu sharil bg ‘hint’ smlm tapi tak ingat daa…hahaha…Lupelah cikgu Sharil. Hehehe…Semoga Cikgu Sharil panjang umur murah rezeki dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya….Amin….

DI SUATU PETANG….
Petang semalam pas celebrate Mother’s Day aku ajak cousins aku pi Pantai Sg. Lurus. Lama tak pi. Rasa ada 10 tahun. Bukan jauh pun dari rumah atok. 7 minit jek. Tapi tak pernah nya rasa nak singgah. Tempatnya pun dah lain. Tak mcm dulu. Dah agak majulah. Oklah tu. At least ade gak tempat kitorang nak lepak nanti…hahhaa…











selamat…hari ibu…buat semua ibu2
Comment by kisahkaseh — July 9, 2009 @ 3:56 pm