kISaHku.....December 2, 2011 4:05 pm

Assalamualaikum.w.b.t dan salam 1 Malaysia,

 

Lame dah tak bersosial di muka blog ni…heheh..kesibukan yang keamatan..heheh…

Oklah untuk kali ni saya ingin bercerita tentang kawan saya yang sorang ni. Kira cam nak promote gaklah pada sape2 yang memerlukan khidmatnya. Kitorang kenal masa di maktab lagi. Seorang yang sangat gigih dan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati.  Beliau kini berkecimpung sedikit demi sedikit dalam dunia photoshoot sejak beberapa tahun ini. Bak kata fir " semuanya bermula dari NAWAITU…"Saya sangat-sangat mengkagumi hasil kerjanya, walau baru setahun jagung berkecimpung dalam dunia photo. Gambar2 yang diambil sangatlah cantik. Kalaulah saya tinggal dekat dengan beliau dah tentu saya pun ikut sama dengan die…

gambar my adik & adik ipaq 

 

 Gambar my adik & adik ipaq photo shoot by fir @ Kilang Arang Kg Dew, Taiping…sangat suka ini gambar..

Teruja juga bila melihat hasil yang sangat mengkagumkan terutama bila beliau mengambil gambar kahwin adik. So, bagi sape2 yang berada di kawasan Perak dan yang berhampiran dengan Perak bolehlah mendapatkan khidmatnya dengan melawati laman web http://tongkatgraphy.blogspot.com.

 

 

Untuk Mohd Firdaus Mohamad Nasri, selamat maju jaya dan akan terus cemerlang dengan apa yang telah diceburi. All the best to fir. To his wife Marlis, jadilah pendamping fir dan support him all the time ok.

 

Nilah tuan empunya gambar2 ni…heheh…fir..SELAMAT MAJU JAYA FIR… 

kISaHku.....September 15, 2011 5:14 pm

Assalamualaikum w.b.t 

Salam 1 Malaysia, selamat hari raya, selamat menyambut hari merdeka, selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warga Malaysia tak kira dimana anda berada. Aqma kembali lagi setelah lama meninggalkan dunia berbloging. Haish!! Rasa janggal pulak nak bercerita…dan sebenarnya tak tau nak mula dari mana. Agak setahun juga meninggalkan kegiatan ni…tapi takpelah..samada ada org yang membaca ataupun tidak Aqma cuba akan meneruskannya jua…

Info terkini semalam aqma dapat berita tentang Tawaran Kenaikan Time Based KUP untuk gred DG29 calon posting 2004…emm…berita yang sangat menarik…heheh…tak sabar dh nak naik gred baru…syukur alhamdulillah sepanjang hampir 8 thn mengaja macam2 perkara yang berlaku yang banyak mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan…walaupun ada yang sukar namun saya harus kuatkan semangat. Yang pasti kisah sedih dulu2 tu tak mau ingat dah… mudah2an ada yang memahami dan ada yang membantu..ada yang sentiasa meberikan semangat…Insyaallah selagi hayat dikandung badan selagi itu saya akan terus berbakti pada anak bangsa….hehehe…bersemangat sungguh…okies…jumpa lagi….

kISaHku.....September 11, 2011 3:53 pm

Assalamualaikum.w.b.t…. dan Salam 1 Malaysia

Lame sudah saya tidak menjenguk blog ni…bukan lupa tapi tak ingat..heheh… Sebenarnya sekarang ni agak sibuk dengan tugas-tugas di sekolah yang..emm..macam-macam… Sudah menjadi tanggungjawab seorang pendidik bukan sahaja memainkan peranan mengajar, mendidik muriid-murid malah perlu melaksanakan tugas-tugas lain yang sememangnya untuk kecemerlangan anak-anak murid kita juga..kan..kan…heheh…Bila dah lama tak ber’Bloging’ timbul pula rasa rindu. Jadi malam ni saya luangkan masa untuk berkongsi beberapa perkara sepanjang tidak berbloging ni. 

 

 

Aktiviti terbaru Cikgu Aqma…..

Fokus utama saya sekarang adalah murid LINUS TEGAR dan LINUS. Mengajar murid LINUS ni sama sahaja dengan murid pemulihan. Matlamatnya, untuk hapuskan masalah 3M dikalangan murid-murid sekolah rendah. Sejak program ini dijalankan bertambah sibuklah nampaknya saya dan semua guru-guru LINUS seluruh Malaysia….maklumlah program NKRA, program besar negara..dan sepanjang itu juga saya cuba mempersiapkan diri dan juga kelas dengan mempelbagaikan bahan-bahan tambahan untuk mengajar. Jadi, dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa perkara dengan semua cikgu2 yang terbaca blog ni.

 

Bermula dari Facebook, saya telah terjumpa satu laman kumpulan yang sangat memberi manfaat kepada saya dan semua guru-guru terutama guru-guru yang mengajar tahap 1, guru pra sekolah dan guru pemulihanlah macam saya. Kumpulan tersebut yang diberi namaPreschool Shoppe‘. Laman facebook tersebut bertujuan untuk guru-guru dari seluruh Malaysia berkongsi bahan-bahan bantu mengajar yang sangat menarik. Bukan semua mereka tahu dan kreatif membuat bahan jadi dari situlah mereka mengorak langkah membuat perubahan pada diri untuk rajin membina bahan sendiri. Bahan yang dihasilkan lebih kepada penggunaan ICT. Cikgu-cikgu yang rajin melayari dan mencari ‘clipart’ akan berjaya menghasilkan kad-kad bacaan yang sangat cantik. dan hasilnya….aduhai sangatlah cantik…inisiatif kedua selain menghasilkan bahan dengan cara ‘Handmade’..kadangkala bahan itu tidak memuaskan. Tetapi cara yang ini lebih menarik rasanya ‘Handmade +ICT’..gitulah kot…hahaha..

 

 

Inisiatif guru-guru yang sangat berhasil membuatkan saya ‘Gila membina bahan’..hehehe….dan hasilnya ….SAYA SANGAT SUKA…..dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi bahan-bahan yang saya bina sendiri. Jadi pada guru-guru yang masih belum menyertai bolehlah berbuat demikian dengan melawati laman tersebut….seronok..sama-sama berkongsi idea dan bahan yang sangat cantik…Oleh itu apa tunggu lagi…silakan melawat…ok sampai disini dahulu..sampai jumpa lagi… 

kISaHku.....May 1, 2011 8:24 pm

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung…dari mana asalnya kami di situ jua kami bertemu ….dah lama tak bertemu akhirnya bersua jua…hehehhe…

Betul ke tak itulah hakikatnya… Tanggal 1 Mei 2011, Pulai Spring Resort menjadi saksi, dengan segala penat lelah mereka akhirnya kami bertemu kembali…. macam tak percaya jek…heheh

Ape cite ek??? Hehehe..

 

1 Mei 2011 kami bertemu kembali setelah hampir 12 tahun tak berjumpa..yang 15 tahun tak jumpa pun ada…"REUNION X~SDPB 1994-1998"….satu tempoh yang agak lama gak tu…hehehe…lama tak jumpa kawan2ku terutama classmate akulah…Thanks a lot to organiser yang bersusah payah utk realisasikan pertemuan yang sgt bermakna ini. Bila dah berjumpa macam2 lah ceritanya…cerita psl anak..cerita psl kerja…cerita gosip lama…hahahha….tp yang penting tersgtlah seronoknya kami2 ni…sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat, amri, amin, tina, tini, redza, elia & nott…..Jumpa lagi nnti ek!!

 

 

 luv u all so much!!

 

kISaHku.....April 26, 2011 7:45 pm

Assalamualaikum….

Hampir 5 bulan meninggalkan dunia ‘blogging’ nih..no entry…no blogging…hanye ber’fb’ saja..huhuu

bukan takde cerita..huhuhu..dh mcm2 kisah berlaku…

Namun dgn segala kekuatan, ketabahan, kesabaran aku dpat laluinya..yang terkurang sempurna tu abaikan jelah…

 

SAKIT??

Minggu kedua selepas sekolah bermula aku dah mula bercuti sbb kena sakit mata. Jangkit dr sape itu tak penting..

yang aku kisah sakit aku hadapi berlarutan hampit sebulan….rupe2nye aku terkena Pseudomembrane

Emm…siap wat collection ‘MC’..huhuu…dan secara kebetulan bonda jatuh sakit…sungguh sedih saat itu….mataku sakit, kabur…bonda sakit..

7 hari di hospital pontian, 10 hari di hospital sultanah aminah…mujurlah aku bercuti sakit mase tu…

 

2 Jari kaki bonda dipotong hanya kerana kaca..kesian kat bonda..Tuhan saje yang tahu keadaan kami mase tu…

Syukur alhamdulillah skrg bonda semakin pulih…di saat adikku mahu melangsungkan perkahwinan tuhan berikan ujian ini pada kami sekeluarga…

apepun aku bersyukur..semuanya telah selesai…

bonda semakin pulih..adikku pun dah selamat menjadi seorang suami dan aku bakal jd maklong…

 

hehehe seronok kan main lagi adikku yg kat utara nu..

siap dh bg name nk suh panggil ucu na…heheh…

Apepun yang berlaku…dan apapun yang terpaksa aku lalui…aku akan sentiasa tabah dan terus tabah…aku berharap dan akan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan setiap perkara yang kami hadapi dan kurniakan kepada kami keluarga yang bahagia dunia dan akhirat….amin…

 

kISaHku.....January 14, 2011 7:33 am

Salam 1 Malaysia…

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua…. Agak malas sejak akhir2 ni nak update blog. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Tambahan pula sekarang ni aku tengah MC..huhuhu..sebab sakit mata..huhuu…baru nak masuk minggu kedua bertugas dah kena sakit mata. Apa boleh buat… trima seadanya. Masuk hari ke-3 dah MC.. 2 hari MC kerajaan , 1 hari MC swasta. sehari sebelum MC ialah hari cuti Hol Al Marhum Sultan Johor. Pastu terus sambung cuti sbb sakit mata sampalah hari ni… kirenye 1 hari jelah aku bertugas..hehehe…cuti mmg best tp sakit…huhuhu…

 

Oklah, sebenarnya untuk tahun baru ni aku harap aku dapat buka lembaran baru dalam kehidupan aku sepanjang hampir 30 tahun ni. Pejam celik aku rasa bersyukur dengan kehidupan aku dulu & kini. Sepanjang masa & waktu hidup aku sentiasa dikelilingin insan-insan yang sangat baik dan sentiasa berada di samping aku tatkala aku dilanda masalah. Walaupun hakikat kehidupan aku kini tanpa ayah, namun aku dapat lalui semuanya berbekalkan ketabahan. Aku anggap setiap liku yang aku lalui aku jadikan sebagai panduan dan iktibar untuk aku teruskan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar ni. Bukan semua org dapat lalui apa yang aku rasa sepanjang hidup ini. Pahit manis yang aku lalui selama ini akan terus tersemat dalam hati. Mudah2an aku akan terus menjadi insan yang paling tabah dan beroleh kebahagian seperti insan lain insyaallah….

 

Tugasku di sekolah tahun ini agak sedikit mencabar.. Menjadi guru Pemulihan Khas  sememangnya tugasku sejak dilantik sebagai PPPLD, tahun ni aku diberi tanggungjawab memegang guru SPBT..huhuuhu..mmg mencabar…kekal sbg penyelaras koko..huhuu..dan ape lagi ek…yg lain macam biasa je… Aku harap aku dapat laksanakan tugas dengan sebaik mungkin..lebih baik dr tahun lalu dan semoga aku sukses dalam pelajaran…bln 4 dh tak lama..bermakna final pun dah nak dekat..hehehe…buat sahabat2ku pjjusm all the best….belajar jangan belajar…sampai disini dulu ek! hehehe

kISaHku.....December 31, 2010 6:12 pm

Cuti sekolah ni memang penuh jadualku. Mana taknya habis kelas Intensif USM sibuk pula dengan family day. Sebenarnya aku memang menunggu-nunggu saat ni. Saat yang dinantikan tiba jua akhirnya. Pertama kali keluarga sebelah arwah ayah mengadakan hari keluarga yang diadakan di D’ Punggai Chalet, Teluk Ramunia. Tempahan dah dibuat seawal 2 bulan. Survey chalet, cari tempat yg paling best dan akhirnya kami pilih D’Punggai Chalet sebagai tempat untuk mengadakan ‘Family Day’. Akhirnya, impian nak mengadakan hari keluarga ini terlaksana.

 

25 Dis/9.45 pagi – Bertolak dari rumah menuju ke Teluk Ramunia (agak lambat sikit sebab siapkan ayam untuk BBQ malam). Kami sekeluarga melalui jalan Gunung Pulai-Kulai-Kota Tinggi-Teluk Ramunia. Kami tiba dalam jam 12.00 tengahari. Perjalanan agak perlahan sebab banyak kenderaan yang menuju ke Desaru. Maklumlah hari cuti (Krismas mase tu) ramailah yang sibuk kesana ke sani untuk berkumpul bersama keluarga. Oklah, kami sampai di chalet dan disambut dengan pengumuman dari cikalim yang kami dah sampai (mentang2 kami sampai lambat saje je bikin announcement..malu..malu..) padahal ade lagi sebenarnya yang belum sampai. Dapat t-shirt terus tukar baju & perut pun sudah lapar kami pun melantaklah dulu.

 

2.00 ptg – Acara dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ciknab sebagai Penaung Generasi Hj. Hassan & Hjh. Asiah dan sedikit kata putus mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pastu kami laksanakan sesi bergambar mengikut generasi…cucu, anak sedara..pastu makcik&pakcik…macam2 gelagat…sememangnya keluarga kami mmg ceria dengan gelak ketawa. Sayang, adik aku yana tak dapat balik. Kalau dia ade mesti lagi kecoh dibuatnya.

 

4.30 ptg – Pada sebelah petang acara diteruskan dengan sukaneka. Acara yang sangat2 best dan kelakar. Lucu melihat gelagat makcik2 dan sepupu yang terlibat dengan acara. macam2 ragam. Antara acara yang dijalankan ialah ‘Kingkong Walk’, Bowling kelapa, lari dalam guni, bawa bola dlm sudu, baling belon..emm…macam2 lagilah…

 

6.00 ptg – operasi terjah laut..huhuu…dh lame benar tak mandi laut..ape lagi tanpa buang mase aku dan sepupu2 semua terus terjun laut…uwahahhahasangat best…ptg tu ramai pengunjung2 punggai..ade yang berkhemah lagi..emm..syok nih kalau dpt cmping. balik nih comfirm aku bagitau kat budak2 kelana tentang Punggai. Emak paling risau bila aku sebut nak mandi laut. Sebenarnya beliau tak bagi…tapi aku yakinkan emak yang aku akan jaga diri. Ish..mane leh tahan..tgk kazen2 aku jek mandi laut…huhuhu…akhirnya pas kebenaran diperoleh..hehehe…

 

8.30 mlm – acara diteruskan dgn BBQ & karaoke oleh semua ahli keluarga. Maka berkaraokelah kami2 smua sehingga pukul 11.30 mlm. Yang plg best sepupu2 aku ajak wat poco2..hahhaha..biasalah otainye aku & Emil..gasak! Leh tahan gak diorg nih..baru belajar tp terus dpt wat..cpt diorg belaja..lps poco2, chicken dance plak..pastu berzapin plak…pas zapin dangdut pulak..gasak!Tapi yang pasti malam tu mmg best dan sangat2 best….

 

1.00 pg – aktiviti kami tak hbs disitu..bile makcik2 & pakcik2 balik chalet kami yg sepupu2 ni tak lepaskan peluang berborak. mcm2 yang diborakkan..maklumlah lame tak jumpe..dari satu bab ke satu bab..huhuu..

 

8.00pg – disebabkan kepenatan yg teramat sgt akibat berpoco2 mlm semua aktiviti senam pg yg sepaptutnye aku kendali tak jadi..sbb aku terlewat bgn..hehehe..ampun!! Sudahnya aku terus sarapan pagi jelah..heheh…Pg tu kami wat sesi permainan jek…macam2 gelagat makcik2 & pakcik2 aku tu…aku tak larat nak ketawa sbb diorg asyik buat lawak..huhuhu…

 

11.00 pg – acara penutup & penyampaian hadiah untuk pemenang2 pertandingan. Tahniah buat sepu2ku dan makcik2ku yg menang hadiah pertandinga..heheh…terima kasih juga pada yg bg sponsor semua…mmg best dan tak sia2 buat program nih..insyaallah thn dpn kita buat kat tmpat yang lagi best. pas hbs makan, sesi bergambar terakhir sblm pulang ke rumah masing2.

 

Terasa seronok sangat dpt berkumpul beramai2..alhamdulillah semuanya telah selamat..mudah2an thn dpn dpt kumpyl lagi dan buat aktiviti yg lg best..mudah2an..terima kasih buat makcik2 & pakcik2ku..terima kasih juga buat sepupu2ku..terima kasih buat semua…aku sayang mereka..teramat sayang..kalau ayah masih ada pasti ayah pun gembira..

kISaHku.....December 20, 2010 3:54 am

"Beratnya rasa hati nak melangkah pergi…"..heheh…antara baris lirik lagu Kerana Terluka ~ Nurul. Tapi bukan sebab terluka tapi sedih nak meninggalkan USM. Jauh disudut hati walaupun gembira dan rindu sangat nak balik kampung tapi sebenarnya aku sedih nak tinggalkan USM. Setahun lagilah nampaknya baru dapat pergi sana dan jumpa kawan-kawan. Rindu kat diorang semua….terasa sangat. Tapi sedapkan hati kerana ilmu aku kesana.
 
 
Alhamdulillah, aku rasa bersyukur dikurniakan kawan2 yang sangat memahami dan ‘sporting’. Sentiasa memberi semangat yang tak putus2 untuk terus berjaya. Masa yang kami luangkan bersama amat2 bermakna. Terima kasih kwn2….Mudah2an kita berjumpa lagi tahun depan. Korang sangat sweetttttt Miss u all alwiz….
 
 

kISaHku.....December 13, 2010 8:58 pm

 
tq boy 4 da'pic
 

Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman


Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan


Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan


Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

 
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa…..Hoaaaa…


Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

(Music Bridge)


Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu
 

 
 
 
Terima kasih buat teman2 yg sentiasa berada disamping saya ,
berkongsi suka duka tawa…apa yg penting
SAYANG KAMO..KAMO!!

 

kISaHku.....November 22, 2010 7:04 pm

Salam…

Makluman kepada semua penjawat awam/kakitangan awam, bermula bulan Oktober 2010 slip gaji tidak akan diedarkan seperti biasa. Semua penjawat / kakitangan awam dikehendaki muat turun dan mencetak sendiri Penyata Pendapatan tahunan dan slip gaji bulanan dalam laman web ANM. Untuk melayari laman tersebut semua penjawat / kakitangan awam dikehendaki melayari :

1) Jabatan Akauntan Negara (klik sini)

atau

2) e-penyatagaji (klik sini)

 

 

Selepas ni mesti ada cerita-cerita yang best dan yang tak best dari sape2 yang menjawat jawatan awam dek kerana e-penyata ini. Apepun, sebagai rakyat Malaysia kita kena menerima setiap perubahan dengan positif. Selamat melayari…..

kISaHku.....November 20, 2010 6:23 am

Hari ini telah bermulanya cuti sekolah yang sangat dinantikan oleh aqma dan semua murid-murid sekolah…betul kan…Dalam suka sebenarnya jauh di sudut hati aqma berasa sedih kerana akan berpisah dengan anak-anak murid. Bukan kerana bertukar, walaupun hanya berpisah kerana cuti sekolah bermula entah kenapa rasa sedih dan saya akan selalu rasa rindu dengan keletah anak-anak SKR yang sangat ceria. Teringat juga pada murid-murid semasa di kepong. Aqma rasa rindu yang teramat sangat pada mereka semua. Baru saya sedar ada diantara mereka yang telah melangkah ke Universiti. 7 tahun sudah aqma berada dalam dunia pendidikan, dan 7 tahun juga saya mempelajari banyak perkara.

 

Pengalaman lalu amat bermakna dalam diri aqma. Saya ingin menjadi seorang guru bukan sekadar mengajar tulis baca, tetapi saya ingin mendidik mereka juga untuk menjadi manusia yang berguna. Biarpun mereka tidak pandai, biarpun mereka tidak cemerlang tetapi mereka berjaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Biarpun mereka tidak menjadi angkasawan, biarpun mereka tidak menjadi doktor, asalkan mereka tidak melakukan perkara yang tak elok dan sentiasa menjaga maruah diri dan  juga keluarga. Risau apabila mereka semakin meningkat dewasa, risau mereka terlibat dengan gejala tak berfaedah. Kalau boleh saya ingin mereka kekal begitu sampai bila-bila, namun itu sudah ditentukan oleh yang Esa. Aqma sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak murid aqma.

 

Sayu melihat wajah mereka, kawan2 juga turut rasa keadaan yang sama. Sedih untuk biarkan mereka pergi ke sekolah menengah..sayu hati melihat mereka membesar di hadapan kita dengan pelbagai keletah dan sikap. Saya bertekad dan berjanji akan buat yang terbaik untuk mereka, supaya mereka berjaya kelak…Rasa sedih saya pendamkan…dan kini bermula kembali tanggungjawab yang harus diselesaikan..USM sedang menanti..menanti kehadiran kami-kami yang berharap agar dapat menyarung jubah ijazah dalam tempoh 3 tahun lagi insyaallah. Impian saya akan saya laksanakan, walau apa jua halangan…emoticon

kISaHku.....November 11, 2010 11:48 am

Salam…

Akhir-akhir ini aqma agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah dan juga assignment yang perlu disiapkan. Tambahan pula cuti sekolah hampir tiba 2 minggu lagi. Maka blog Kisahkaseh ni memang dah lama tidak ber’update’. Hari ini tergerak hati ni untuk update blog yang dah mula bersawang ni…heheheh…


 

Sebenarnya hari ini seluruh negara meraikan kecemerlangan murid-murid yang cemerlang dengan keputusan UPSR 2010 yang diumumkan siang tadi. Awal pagi Aqma dapat lihat wajah kerisauan cikgu-cikgu serta anak-anak SKR yang menunggu keputusan tiba. Alhamdulillah berkat kesungguhan cikgu-cikgu yang mengajar tahun 6 dan murid-murid tahun 6 sendiri, seramai 8 orang mendapat keputusan 5A, 5 orang mendapat 4A 1B dam seorang mendapat 3A 2B. Tahniah buat murid-murid SKR yang telah berjaya. Sekali lagi SKR mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Hadiah buat En. Samid (Guru Besar SKR) yang kini sedang terlantar sakit. Doa kami mudah-mudahan En. Samid cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.

 

 

Jelas terpancar di wajah mereka dengan keputusan yang diperoleh terutama cikgu2 yang mengajar tahun 6, Hani, Kakbib, kakafzan dan cg. baha. Aqma juga rasa teramat bangga dengan keputusan tersebut. Dan yang paling membuatkan Aqma gembira adalah anak-anak murid di kelas Pemulihan Aqma lulus matapelajaran BM dan Mathematics bagi peperiksaan akhir tahun 2010. Satu kepuasan mengajar mereka sehingga mereka dapat menulis dan mengira seperti murid-murid lain. Dan Aqma juga akan pastikan yang mereka juga akan mendapat keputusan UPSR yang baik akan datang, Insyaallah. Oklah sampai disini dahulu…dada

 

 

kISaHku.....September 30, 2010 12:35 pm

Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri

kISaHku.....August 3, 2010 4:57 pm

25 Sya’ban…mengingatkan saya tentang peristiwa yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Pada tarikh tersebut saya kehilangan insan yang paling saya sayang… Ayah….5 hari sebelum umat islam menyambut Ramadhan. Saya tak mungkin akan melupakan saat itu. Tergerak hati untuk balik bila mendengar ayah sakit. Arwah ayah tak pernah masuk hospital. Itulah pertama dan terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Gerak hatiku untuk pulang ke kampung tanpa menghiraukan keesokannya kerja. Niat di hati untuk menjenguk keadaan ayah…tapi rupa-rupanya hari tersebut ayah pergi untuk selamanya. Saya dan adik-adik tak sempat untuk melihat keadaan ayah…Ayah pergi  untuk selamanya tatkala saya hampir sampai di hospital. Waktu itu cuma emak sahaja yang berada disampingnya. Sedih tak terkata, saat mendengar emak menagis dan memberitahu ayah telah tiada. Apa yang ada dalam fikiran waktu itu adalah memikirkan tanggungjawab yang harus saya pikul sebagai anak yang sulung. "Sungguh berat dugaan yang berikan Ya Allah…namun aku redha dengan segala ketentuan…"

 

..dan selepas 4 tahun berlalu, dengan kekuatan dan ketabahan kami tempuh, kami sekeluarga meneruskan kehidupan tanpa ayah tercinta…Semoga roh ayah bersemadi dengan tenang di sana…..

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah..Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah…

Sering ku tanya …Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa Tiada mengizinkan
Perginya Tinggalkan semua

Perjuangan Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali Perginya
Bertemu Ilahi Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

 
Al-Fatehah buat Allayarham Mohd Tarmidi Bin Hassan
(12.04.1951 – 19.09.2006)

kISaHku.....July 30, 2010 9:47 pm

"Saya memang tak pandai..saya juga bukan seorang yang pintar..otak saya agak lemah untuk mengingat sesuatu…saya juga agak lambat untuk faham ape yg saya belajar…tapi saya ada impian..saya ada cita-cita..saya ada matlamat..saya tidak akan mengalah…saya tidak akan putus asa jika saya gagal…nak berjaya kena kuat semangat…Mak cakap bila dah pandai jangan sesekali sombong…mak cakap kalau kita dah pandai jangan kedekut ilmu…tolong kawan yang perlu bantuan..Insyaallah selagi ada daya saya akan cuba yang terbaik untuk diri saya dan orang lain.. Selagi saya boleh membantu org lain saya akan bantu…& … walauapapun yg terjadi, susah atau senang saya akan terus usaha dan usaha…"

 

-@tUll Aqma-

kISaHku.....July 16, 2010 7:26 am

Bermula kisah baru. Bila buka semester berikutnya ramai yang sibuk dan ternanti pendaftaran kursus baru dan modul baru. Begitu juga Aqma yang tak kurang sibuknya. Taknak cerita pasal keputusan yang penting kena terima seadanya dan buat yang terbaik. Untuk semester kali ni Aqma memang tak boleh main-main lagi. Nak jadikan impian jadi kenyataan kena kerja keras.

 

Tadi, dapat parcel dari USM…emmm.."Modul dah sampai…". Rasa takut..takut tak boleh nak bawak subjek yg dipilih…memang sangat berat..tapi nak taknak kena terima dan kerja keras lebih. Insyaallah, Aqma akan cuba yang terbaik. Kepada kawan-kawanku..sama2lah kita ingat mengingati antara satu sama lain…kena kerja kuat dan lebih tekun lagi…Mudah-mudahan segala apa yang diimpikan akan jadi kenyataan…Kalau orang lain boleh buat kita pun boleh juga…Selamat menempuh semester baru kepada rakan-rakan se’belajar’ku….

kISaHku..... 6:54 am

Salam 1 Malaysia…

Lama rasanya tak ‘update’ Kisahkaseh ni…ada banyak perkara yang harus diselesaikan..jadi..terpaksa melupakan seketika ‘Kisahkaseh’. Ramai yang beri feedback pada aqma untuk buat entry tentang Kelas Pemulihan Khas. Jadi, aqma akan cuba kongsi serba sedikit ilmu yang aqma dapat sepanjang menjadi guru Pemulihan Khas ni. Insyaallah, mudah2an apa yang akan dikongsikan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan kita di luar sana tu. Aqma pun bukan ‘expert sangat tentang perkara ni..masih baru lagi… So, pada rakan-rakan yang setia mengunjungi blog aqma nih, aqma telah bangunkan satu blog khas untuk Kelas pemulihan Khas


 http://bukankisahdongeng-atullaqma.blogspot.com/

 Perkembangan terbaru tentang kelas Pemulihan Khas, sekarang aqma sedang berusaha untuk menceriakan lagi kelas tersebut yang dah lama aqma tak ‘update’…Sebagai guru, aqma akui kelemahan diri..banyak perkara yang dibiarkan begitu sahaja, banyak yang terabai namun berkat usaha dan sokongan daripada rakan-rakan sekerja aqma mampu buat ikut kemampuan diri. Mudah-mudahan segala usaha akan berjalan dengan lancar. Nantikan cerita ‘Bukan Kisah Dongeng’ yang sedang dalam proses pembikinan. Salam 1 Malaysia….

kISaHku.....May 15, 2010 4:45 pm

Dikesempatan ini aqma ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada cikgu2 SK rambah, kawan2 maktab di Institut bahasa Melayu Malaysia (2001-2003), guru2 SK pekan nanas (1988-1992), guru2 SMK Dato’ penggawa Barat, Pontian (1993 – 1998), Matriks KYPM bangi (1999-2000), kawan2 di SK Kepong baru (2004-2007) dan warga pendidik seluruh tanahair dimana anda berada…

 

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu guru..

Budi yang diapung, panggilan keramat…CIKGU…

kISaHku.....May 9, 2010 4:31 pm

Ibu,

Tak terbalas pengorbananmu selama ini ibu

tak pernah jemu melayan kerenah anak-anakmu ini…

dengan sabar dan tak putus asa..

Ibu yang kami harapkan, ibu yang kami amat perlukan

Setulus kasih akan ku curah buatmu ibu

Tanda kasih & sayang anak-anakmu

Tiada yang lain dapatku beri buatmu ibu…

Doakan kami menjadi anak-anak yang Soleh & Solehah..

Doakan kami menjadi anak bangsa yang cemerlang..

Doakan kami sentiasa tabah mengharungi liku-liku hidup ini…

Ibu, ampunkan segala dosa-dosa kami ibu…

Doa kami moga ibu sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya…Amin…

 

SELAMAT HARI IBU…buat bonda Adibah Bt. Abu Yamin…

(Al-Fatehah buat Ayahanda tercinta Mohd Tarmidi Bin Hassan.. )

kISaHku.....April 25, 2010 11:18 am

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,

DIA beri aku kaktus berduri,

Aku minta rama-rama, Dia beri aku beluncas..

Aku sedih dan kecewa..

kemudian, kaktus itu berbunga indah

dan beluncas bertukar menjadi rama-rama yang cantik..

itulah jalan Tuhan..indah…

DIA tak memberi apa yang kita harapkan,

tetapi DIA beri apa yang kita perlukan…

kadang-kadang… kita sedih dan kecewa,

kita sering merungut…

tetapi sebenarnya DIA sedang mengatur yang terbaik dalam hidup kita..